ukhuwah itu indah..

Wednesday, November 4, 2009

mencari sinar..

alhamdulillah.

syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah rahmat & nikmat hidup yang x terhingga lebih-lebih lg nikmat Islam yang dikurniakan..

banyak perkara yang dpt saya pelajari sepanjang mengikuti usrah di sini..pendekatan yang di bawa oleh akak usrah n tajuk kupasan yang dibincangkan mempunyai kelainan daripada usrah2 yg telah saya ikuti sblm ini.

usrah kali ni lbh membincangkan ttg tadabbur al-Quran n sekarang kami sdg membincangkan ttg Tafsir fi Zilalil Al-Quran karangan Sayyid Qutb.

banyak perkara yg menyedarkan diri ini walaupun baru beberapa perenggan mukadimmah dibincangkan.terlalu banyak persoalan yg bermain di fikiran sy tiap kali usrah diadakan.Ya ALLAh betapa lalainya hambaMu ini..terlalu banyak kesilapan n kekhilafan yang telah saya lakukan terutama sejak melangkah keluar dari bumi Naim.

antara untaian-untaian mutiara Sayyid Qutb yang menyentuh hati ini..


"Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang- padang yang bersih, tempat- tempat yang tinggi dari cahaya yang terang benderang ?"

hidup di bawah bayangan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja.

...mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini ? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang ?

betapa lalainya diri kita n kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang pilihan kita lakukan adalah salah. kita sendiri yang meletakkan diri kita jauh dari Islam..jauh dari sinarnya. kadangkala tanpa kita sedar kita sendiri yang menjauhkan diri kita dari sisiNya..sedangkan Tuhan telah meletakkan manusia di tempat yang tertinggi..lebih tinggi lagi daripada pangakat ataupun darjat yang sering direbut oleh manusia di dunia..namun mengapa kita sering terlupa dengan darjah kebesaran yang diberikan oleh Pencipta kita?? dan kita juga lupa tanggungjawab hamba & khalifah yang siap sedia digalas oleh tiap insan sejak dilahirkan ke dunia.


terdetik di fikiran ini..betullah apa yang diperkatakan akak- akak senior sekolah dulu apabila kita keluar dr Naim..baru merasa betapa ruginya tidak menggunakan sepenuh perhatian peluang 5 tahun yang ada...betapa ruginya tidak mencedok ilmu agama sedaya yg mungkin dari ustaz- ustazah di bumi Naim..

Ya Allah..betapa rindunya hatiku pada masa itu...mudah- mudahan Engkau melindungi hambaMu ini daripada segala nikmat dunia yang melalaikan..masih ada lagi peluang untukku membetulkan kesilapanku. mudah- mudahan disingkap semua hijab syaitan yang meliputi diri untuk menilai di antara yang hak & batil..