ukhuwah itu indah..

Thursday, February 25, 2010


Jangan berputus asa
Kerana putus asa adalah keingkaran
Barangkali saja dalam waktu yang dekat
Allah akan memberikan kelapangan


( Dr. 'Aidh al-Qarni )

Wednesday, February 24, 2010

~~ hari yg memenatkan..~~

hari ni sgt penat..dr pkul 8 a.m hingga 6 pm sy brd di institut..fuhh..satu hari yg sgt panjang tnpa rehat wlau sebentar..
sblm ni byk masa lapang pun duk merungut, bila masa pack plk merungut jgk..
isk ape la nak jd ngan diriku ni..:(
tp hr ni mmg btul2 memenatkan..
kuliah td smpai kul 2 pm..then sambung discuss ngan lecturer ttg senarai semak pentaksiran kerja kursus..nmpkny stil kena baiki lg certain part. harapnya dpt disiapkan & selesai sblm turun sekolah nnt start 21 mac.
discuss kejap je, tp nk tunggu turn tu yg lama. pkul 3 baru selesai semuanya.

then, kul 4.30 smbung dgn aktiviti gerko..xtvt badan b'uniform..tahun ni buat pertama kali sy mengulang sejarah kawad kaki blik..( rasenya da tinggal hmpir 5 thn da..cpt btul masa b'laku ) dan pe yg penting lg kawad utk puteri islam jgk.kawad sempena kejohanan olahraga tahunan 2 minggu llg.^_^. agak2 da ade cop kot ni mmg stok puteri islam..( pelik bin ajaib )..

tp wlau apa pun..penat mcm mana pun ia tetap perlu dilaksanakan coz ia mmg da menjadi amanah & tanggungjawab yg perlu dijalankan...nnt posting esok2 pun stil kn terlibat mcm ni jgk..xkan kemana wlau dibina tempoh sepanjang Tembok Cina pun..

apa yang penting.. saya tetap bangga menjadi GURU..

I'M PROUD TO BE A TEACHER

Tuesday, February 23, 2010

Umar Abdul Aziz..bayangan kalifah al rasyidin..


salam alaik buat silent reader semua..
mudah-mudahan kalian berada di bawah keredhaan ALLAH..InsyaALLAH

kali ni saya nk kongsi dgn sahabat kalian ttg satu buku yg sgt menarik dan menyentuh jiwa bg siapa yg membaca..kisah seorang pahlawan islam..Umar Abdul Aziz
jika ditanya remaja2 skrg ttg perjuangan rasul blum tntu dpt menjawabny dgn lancar.. malah mgkin terkelu lidah diam membisu..termasuklah diri sy sdiri..apatah lg tentang pahlawan2 Islam slps kewafatan Rasulullah s.a.w.. dlm meneggakkan syiar ALLAH.betapa menunjukkan jauhnya perasaan cinta dan sayang kt terhadap agama.

jika kini nilai patriotisme dan nasionalisme sering dibangkitkan dlm m'bina negara bangsa Malaysia..namun, dimanakah smgt patriotisme dan nasionalisme terhadap agama Islam di kalangan umat masa kini ? adakah kefahaman agama hanyalah dianggap sbg baju shj di mana bg m'bezakan seseorg penganut ataupun sbg penghias dlm ic msg2??

oopps..kt b'balik smula pd topik kt iaitu ttg Umar Abdul Aziz. Umar Abdul Aziz merupakan cicit kpd Umar Al-Khattab r.a. dan datangny dr kump bani umaiyyah..walaupun Umar Abdul Aziz menjadi khalifah dlm tmpoh 2thn, namun beliau berjaya m'hidupkan cara hidup Islam kembali di kawasan pentadbirannya yg sblm ini di bwh pemerintahan khalifah Bani Umaiyyah yg lain pnuh dgn penindasan & kekejaman.

apa yg tertarik skali menunjukkan betapa adilnya kepimpinan Umar Abdul Aziz sehinggakan serigala dan kambing dpt diternak dlm satu kaw yang sm pd ketika itu..Subhanallah.. betapa besarnya nikmat yg ALLAH berikan andai seorg pemimpin menjalankan amanah yg digalas dipundaknya dg penuh keadilan..andai difikir dg logik akal, sdh tentu serigala akan membaham kambing apabila berada berada di hadapan, namun sebalikny berlaku.

mudah-mudahan kt semua dpt menjadi pemimpin yg adil dan amanah krn setiap manusia adalah pemimpin hatta kepada diri sendiri sekalipun..
mudah-mudahan biah Islam dpt dihidupkan kembali dlm perjalanan hidup kt semua..
InsyaALLAH