ukhuwah itu indah..

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

warkah buat ummi..



skali kena marah nga umi..
wt umi rase serabut dgn anakny ini..
minta maaf ye umi :(
bukan sengaja utk melakukanny..
tp tu adalah perubahan yg angah nk buat..nk mulakan suatu yg br sempena ramadhan yg lalu..
mmg umi nga abah da suka n blh terima insan tu..
tp biarlah..
bg angah..biarlah nk bina satu kehidupan baru dimulakan dgn suatu yg diredhaiNya..
andai permulaannya da senget langkahny..bagaimana nk diluruskan hingga akhir..
insyaALLAH..jika dia adalah yg tertulis utk angah..umi x perlu khuatir..akan tiba waktu akan terpateri jgk..
apa yg penting..kt kena yakin denganNya sebagaimana kita yakin tentang kematian kita..begitulah juga umi perlu yakin tentang jodoh angah..


x terniat pun di hati nk tmbhkan masalah kat umi..
angah th umi risau..tambahan pula duk berjauhan..tp insyaALLAH..angah blh survive dengan baik..
umi x lupakan..anak umi yg inilah plg byk duk berjauhan ngan umi abah..
dr ting 1-5 duk kat asrama..kemudian berhijrah ke Perak utk setahun..tamat je di matriks, dpt pula tawaran belajar di Kuala Lumpur..da hmpir 11 tahun angah survive..
Hamdalillah.setakat ni xde lg yg memalukan umi abah yg angah lakukan..


cuma hanya hal yang satu itu angah x dpt kawal dulu..hati tergelincir drpd landasan..
sdgkan itu adalah ujian utk angah, tp angah kalah pada ujian tersebut..
ckuplah tempoh sebelum ini angah buat kesilapan..x praktik ttg apa yg dipelajari..
tp sekurang- kurangnya,angah masih lg diberi kesempatan untuk berpatah balik..

wahai ummi yg disayangi,

mmg susahkan umi nk jaga anak perempuan?? angah th ummi da mula risau sekarang..risau kat along, angah n acik..mcm2 hal kan? ingatkan angah ni da xyh msuk list kerisauan umi..tp termasuk jgk rupa-rupanya. :)
kami tahu umi risau takut anak- anakny terlepas ke tangan yg x sepatutny..ibu bapa mn yg x mahu terbaik untuk anak- anak dia kan??
umi risau takut angah x dpt yg terbaik.. umi kata pyh nk cari lelaki baik sekrang ni..
tp insyaALLAH..asalkan anak-anak umi jadi yg terbaik, akan peroleh pasangannya yg terbaik..


umi ingatkan.. ALLAH da berjanji kat hamba-hambaNya..

" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. "

surah an-Nur ; 26

namun, sekiranya berlaku sebagaimana kisah asiah & firaun ataupun nabi luth dengan isterinya.. itu adalah ujian ALLAH untuk org2 yg terpilih bg menguji keimanan dan ketaqwaan kerana ALLAH x membebankan sesuatu ujian yg tidak setimpal melainkan sesuai dgn keupayaan mereka. ALLAH tahu tentang hambaNya kerana DIA adalah pemilik yg mutlak atas segala hal..


duhai ummi..
usah risau, usahlah dikau gentar..jodoh, mati, takdir..itu semua adalah perkara yg telah ditetapkan semasa kejadian tiap insan..hanya dengan satu cara kita dapat mengubahnya.. dengan DOA..
ummi doakanlah agar anak- anak ummi menjadi soleh dan solehah..agar kami dapat menjadi yg terbaik utk pasangan kami masing-masing..
andai mengharap calon yg soleh..maka, angah perlu jd anak yg solehah dulu kan ummi?

^_^

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI CIKGU

dear my sweetie..




tomorrow is an appreaciate day for all teachers in Malaysia..
since blog ni wujud..ni kali pertama nk wish HAPPY TEACHERS DAY untuk semua guru yg telah mendidik sepanjang hidupku 23 thn..

rasa-rasanya x terhitung berapa org guru yg telah mencurahkan bakti terhadap diriku ini..bayangkan dr tadika hinggalah skrg yg tgh belajar untuk menjadi cikgu nnt..biiznillah..
agak- agak brp orglah yg ad kat dunia ni yg catat semua nama guru/cikgu yg telah mengajarnya?? betapa kt memandang mudah terhadap jasa mereka semua sbg murabbi dlm hidup kt...termasuk la diriku sendiri..:(

klau org tanya soklan tu cnfirm2 x terjawab..soklan yg plg susah cmpare nk jawab exam each semester..but, walaupun sy x ingt nama mereka..namun sy ingin ucapkan...







TERIMA KASIH CIKGU !!!


coz memanusiakan sy menjadi manusia yg berguna..menjadi hamba yg bakal bertanggungjawab terhadap wasilah amanahmu...


so..malam ni sy nk coret-coret skit ttg insan2 yg telah menjalankan amanah dlm mendidikku spanjang perjalanan hidupku..



1. PASTI ABIM AL-HIKMAH

- di sini mula lgkah pertamaku untuk kenal dunia luar..sblm ni just knl umi, abah, adik-bradik n sdara mara yg terdekat je..di sini ku belajar untuk knl sgl2nya walaupun lebih byk main cmpare belajar..bila tgk gmbr2 time tadika.mmg nk tergelak..coz xde satu gmbr pun yg ku tersenyum..sume masam je ( kecik2 da stress..hahahah ).mmg x reti nk happy kot.

2. SK SRI WAKAF BHARU

- ni sek kedua dlm hidup..time sek ren mmg seronok..6thn di sekolah ak ade klik sendiri walaupun 5 org je ( ramziyah, ainsyah, atiqah, fiza n me ).
time sek mula2 mmg lemah sgt math n bi..x taw la nak kate..ak mula2 jtuh hati pd math ktk priksa akhir tahun darjah 5. time ni cikgu Mastura yg ajar ganti cikgu Rashidah yg bersalin..dgn cikgu Mastura ak sng nk fhm n guess what !! i'm got 100% for Math !!..n bermula time tu, exam2 lps tu sume skor 90 above..alfun syukran sensei !!

- kat cn jg ak rpat dgn beberapa org cikgu..bknnya jenis bodek ke gedik ke pe..tp mmg time sek dulu suka wt baik kat cikgu lbih2 lg ngan cikgu Zul ( pk ko ), cikgu sukan ( x ingt nama pe da )..2 org ni mmg best sgt, bl time terluang cnfirm muke ni yg akan p lepak kat bilik sukan..:)

- then, yg x ley lupe skali..Teacher See..mmg cikgu yg plg ditakuti skali coz ni la subjek yg plg lemah skali..naik geram pun ade..( bila exam je, yg sgkut sume subjek bi..dpt B je..yg lain straight A..lambat pickup skit bahasa omputih ni )..hahaha
teacher See ajar 3thn..dr drjah 4 hingga darjah 6..yg plg terkenang skali, tiap kali sblm die masuk, ktorang satu kelas kn baca kertas grammar yg ad dlm holder rmai2..lps je die masuk, ktorg sume kn diri n die akan soal ttg pe yg kt bc..if dpt jawab br blh duduk..malu if dpt duduk lambat..
kenangan yg terindah time blajar bi jg ktorang kn buat correction dgn pen hijau bila salah..n yg x tahannya buku ku slalu kn tukar nga org sblh which is ketua pengawas..da la die tu bijak ( mmg malu..hahah )


3. SMKA NAIM LILBANAT

after UPSR..perjalananku diteruskan di sini..biah sekolah yg plg x dpt dilupakan..di sini ak blajar byk perkara coz di naim ini lah rasanya lebih banyak masa perkembangan hidupku bersama2 dgn rakan..
di naim, ak knl erti hidup lebih berdikari, knl erti perkongsian dlm semua aspek, knl erti persahabatan, knl erti perjuangan Islam..
masuk di naim ak blajar cara menjadi lbih sopan ( time sek rendah mmg teramat2 tomboy n prangai mcm lelaki )..ini kerana, selain guru yg sememangny melaksanakan tugasnya..akak2 senior jg ku anggap bagaikan cikgu dlm hidupku..

arigatou kak ha, k.dina, kak su, kak yam n rmai lagi..arigatou kak ha krn membawa jiwaku lebih dekat pd agama ku..hinggakan bila difikir, x terjangkau oleh akal bhw ak akan menjadi sedemikian rupa..

dari seorang murid biasa tnpa apa2 kelebihan ketika mendaftar akhirnya ak menjadi seorang yg berperanan pd sekolah..terima kasih bumi Naim..:)

cikgu2 kat sini byk beri pengjaran untuk kehidupan..slain mengajar akademik, mereka mendidik ttg peranan sbg khalifah n tugas manusia yg lbih besar..mereka mengajar ttg bagaimana ingin hidup di dunia luar..

terima kasih SENSEI !!

- ustazah hachinah, ustaz md noor, cikgu maimoon, ustazah rohani, ustaz pa, papa li, papa p, teacher rashidah, ustaz was, sir radzemi, ustaz rosli, ustaz syed ali, mudir modh yassin,cikgu wan nor n rmai lg..

jasa kalian tetap dikenang spnjang hayat n ilmu kalian akan terus dipanjangkan bagaikan untaian rantai yg tidak terputus..
walaupun telah keluar hmpir 6 thun dr bumi naim..namun kalian tetap juga menasihati anak2 didikmu ini stiap kali kami menapak ke bumi Naim..

4. MY UMI

the greatest teacher in my life is my mother !!...alfun syukran kpd umi yg telah menjadi guru yg terbaik sejak di dalam kandungan higgalah angah yg ad sekarang..didikan umi amat berguna n terima kasih krn mendidik angah menjadi seorang insan yg sedia menghadapi cbrn dunia n akhirat..jasa umi sememangny tidak terbalas melainkan setitis kegembiraan yg dpt angah berikan kpd umi melalui kptusan2 exam...

Selamat Hari Guru buat umi tersayang, Pn Faridah Hassan !!!











love..
ANAK ASUHAN

Sunday, June 20, 2010

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I. A.B.AH





SELAMAT HARI ABAH buat abah yg tersayang..

tanggal 20 Jun diiktiraf sbg hari istimewa untuk meraikan abah, bapa, ayah dll di seluruh dunia. Jika nk dinilai dengan kasih sayang & pengorbanan yg dilakukan oleh seorang bapa tidak ternilai dgn sambutan 1 hari je.. tarikh ni merupakan satu simbolik shj kpd masyarakat agar mengingati jasa bapa msg2..

Jika diikutkan keadaan sebenar, spttnya setiap hari kita perlu meraikan hari bapa. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan penghargaan kita sebagai seorang anak terhadap bapa masing- masing iaitu......



DOA




Bagi saya, doa seorang anak terhadap kedua ibu bapanya merupakan hadiah yang paling tinggi nilainya kpd kedua ibu bapa.. Tak usah untuk mengharapkan kita melimpahkan kekayaan, wang bertimbun kpd kedua orang tua kita kerana bila tiba saat itu belum tentu lagi kedua- duanya masih ada lagi di sisi kita.. ajal maut semua pada ketentuan Ilahi..

disamping berdoa untuk diri sdiri, apalah salah kiranya kita selitkan skali doa kita kpd kedua ibu bapa kerana tidak adak ibu bapa di dunia ini yang tidak mendoakan kesejahteraan anak- anak mereka.

SELAMAT HARI BAPA untuk abah yg tercinta, En Shalah Huddin Che Hussin dan buat bapa, ayah di luar sana...