ukhuwah itu indah..

Monday, January 10, 2011

Rintihan yg pasti..



Ya Allah...
limpahkan rasa izzah dalam hati hambamu ini..
janganlah Engkau bolak- balikkan hatiku dgn perkara yg melekakan

Ya Rahman..
ku mengharap pd kasih sayangMU
bantulah diriku untuk mencari hidayahMu
untuk mencari cahaya kehidupanku..

Ya 'Azim
sesungguhnya hatiku berasa sayu ketika ini
sesungguhnya hatiku berasa kosong ketika detik ini..
betapa pilunya apabila ia melingkari diriku.

Ya Rabb
sesungguhnya daku merindui kehidupanku di bumi Naim
alangkah indah andai masa dapat diputar kembali
alangkah gembira andai daku dapat merasai kembali
untaian- untaian dakwah dikala ini
dimanakah ingin ku mencarinya kembali

Ya Allah
tetapkanlah hatiku pada paksinya
berikan kekuatan pada diriku untuk menetapkan sempadan
antara hak dan batil

Sunday, January 9, 2011

C.O.O.K.I.N.G

dear blog...

entry kali ni xmo byk tulis sgala benda da..
kita biarkan gambar berbicara..


roti sosej..cubaan pertama membuat roti
utk penuhi permintaan ayie..my youngest brother


marble cake..resipi kek pertama yg blajar ktk drjah 6..
dr situ mula minat baking




daging dendeng..simple + sedap



ayam rempah rosemary..
resepi reka sdiri..suke ati nk truk pe


Saturday, January 8, 2011

2011

da berkurun x update blog..cuti sebulan, sebulan la jgk blog duk penuh debu plus sesawang..agak2 ular blh bertelur da kot..:)


2011 membuka tirai since 2010 telah ditinggalkan..
pejam celik da semester 5 tahun ni..InsyaALLAH, masih berbaki 3 semester lg untuk sy lalui sbg guru pelatih..


sem ni byk perkara baru yg menarik akan diterokai especially dlm subjek Pend Khas coz sy akan belajar pelbagai jenis terapi..it is ery happening..x sabar rasanya nk xplore benda baru..mcm2 jenis terapi yg ada..terapi hidro, terapi pasir, fisioterapi, terapi main, pergerakan kreatif, terapi alternatif and so on..



walaupun nnt kn selam dalam kolam yg menanti ( hope x lemas coz x reti brenang..hahaha), tp sy yakin ia tentu menyeronokkan..



the other one subject for major is teaching science in special method for LD children..jika sem lepas da tanam bonsai.. dlm sains kali ni plk kn wt eksperimen.. km dikehendaki buat xperimens tanam pokok..dr biji benih sampailah besar..( antara kailan n daun ketumbar, agak2 yg mn sng nk tanam plus jaga yer..hhmm )..sng2 tanam je 2-2..hahhaa


next is Pj..akhirny tiba jua saat yg dinanti..sem ni merupakan paper pj yg terakhir..finally..( nampak sgt paksarela blajar pj..hahaha)..pj kali ni lebih kpd pengurusan n pentadbiran sukan..km blajar ttg cr nk urus/ kelola sukan or pertandingan n wuteva that related wif management in Pj..jnuh nk study exam nnt..



paper EDU plk blajar ttg budaya pembelajaran..yg cnfirm2 blajar topikny sudah tentu teori sgala bagai..behavioris, konstruk, kognitif, ekologi..


satu je benda yg kurang menarik sem ni..GERKO..sem ni gerko olahraga..huhu..derita fizikal nnt.. tiap hr selasa for 2 hours kn pacak kat padang..and apa yg penting, b4 start kelas kn pusing trek 5 round dl..huhu..cnfirm blh jlnkan misi turunkan berat badan..hahaha..x pusing trek, kn pusing tasik permaisuri ( nape la maktab dkt nga taman rekreasi ni..isk )...




and...



the most important that will happen this sem is.....





i will start my 1st practicum on 21 March till 15 April at SK Taman Melawati..

mudah- mudahan sy mendapat cemerlang dlm praktikum nnt and will learn more abou special education....



"The thing always happens that you really believe in; and the belief in a thing makes it happen"

Thursday, December 2, 2010

HPA boleh!!

salam alaik isk..da lama biar blog ni tumbuh lalang..lg2 musim hujan, agak-agaknya da jd kolam ikan kot..:) ni post yg pertama since sem break..bila kat rumah, x sama mcm duk umah sewa.byk keje yang kena buat..xtvt rutin.. masak, gaduh nga adik, berebut main game, main hujan n dll.. hujung minggu lepas ( hujung minggu pntai timur yer ) nk dijadikan citer, km adik- beradik ( 4 org yg besar la ), along, saya,acik n wani ke attend kursus HPA..jd wakil utk abah coz abah nak buka pusat jualan HPA kat kota bharu awal tahun depan ( cece, gn awal thun depan bajet lame skit).



mula-mula tu mmg fed up jgk nk p..siap xmo tdo sana lg hatta tempat program tu 10 minit je dr rumah..ye la, klau korang sume p x program
yang kita x tahu pe die tentatifnya, pe manfaat, pe pengisian..kira2 p time tu dengan peuh curious & blank.. then, bila da sampai, tgk2 peserta die..mak aihh punyela skit..ad la dlm 26 org je..isk x jd nk wt 'projek'..hahaha. program ni dinamakan sebagai program Perkongsian Bijak Cemerlang.


rela x rela..kenalah ikuti jugak..mula-mula bosan la
jgk sbb jurucakap x brape best..then, bila da msuk slot ke 3 till the end sumenya menarik smpaikan plan xnk tdo situ bertukar terus.. menerusi PBC ni banyak yang saya pelajari. sebelum ni taw je hpa ni ada, tapi nk gn produk tu mmg jauh la coz x tahu sejauh mana fungsinya n pe barang yang ada. sebelum ni ad jgk member2 duk ckp ttg hpa, tp wt dunno je ( kirenya, x pandang langsung la ) bila da taw skrg byk betul manfaatnya dan apa yg penting ianya HALAL dan SUCI. produk-produk hpa semuanya berasaskan herba dan elok utk kesihatan..( ala-ala mcm jamu lah ).


if indones
ia ade mustika ratu, kita pula ada HPA..if nk tahu, HPA sekarang sdh berada di pasaran dunia, yg terbaru dibuka di Kaherah.

saya juga diperkenalkan dan mempelajari kaedah perawatan refleksologi membetulkan tulang belakang serta membaca garisan-garisan yang ada di tapak tangan. betapa hebatnya ciptaan ALLAH kerana tiap apa yang dijadi
kannya pada diri kita bukanlah sia-sia bahkan mempunyai maksud apabila dikaji.


if sebelum ni kt pandang kat tapak tangan n kaki hanya sebelah mata shj..namun sebenarnya ia menunjukkan keadaan diri kita pada bahagian dalaman yang tidak nampak di mata kasar. dengan ayat mudahla
sekali, kita dapat mengesan denga lebih awal sgl penyakit di mana para doktor pun belum tentu dapat mengesannya. perkara yg paling bermanfaat dan berguna sekali yg saya peroleh ktk PBC ni ialah mengetahui dgn lebih jelas ttg halal haram brg2 yg ada sekeliling kita..bila ustaz Bustaman ckp, kt ni sebenarnya klau dikira dah telan 1 ekor 'kerbau pendek' da dlm hayat ni..Nauzubillah.


pada masa kini, logo halal bukan lg satu jaminan utk kt letakkan sbg prasyarat bg membolehkan kt menggunakannya, bahkan kt kena kaji hingga cara pemprosesannya ( so, nk tah
u benda ni kena tambah pengetahuan la kan )..


walaupun kt berada di negara Islam, namun, pengamalan dan cara hidup perjalanan negara kita ini masih lagi bercampur aduk..maka, lepas ni kt perlu berhati-hati n lebih teliti ttg suatu perkara..xdenya mati if x makan pe yg kita suka selama ni..

biasalah perjuangan itu perlu dalam kehidupan bg memperoleh suatu nikmat yang manis di kehidupan yang abadi nnt..insyaALLAH..



ALLAH juga ada berfirman :

" wahai sekalian manusia ! makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu "

<>




di sini saya kongsikan sdkit senarai barang- barang yg ada disekeliling kita n punye logo halal ttp sbnrnya bercampur dgn 'kerbau pendek' ataupun diragui dari segi kandungannya ::



berhati- hatilah !!


ubat gigi - dikalsium fosfat
sabun - gliserin ( lemak haiwan )
berus - bulu babi
pinggan mangkuk - abu tulang binatang
kosmetik - uri
kek - gelatin & lemak haiwan
biskut - lemak haiwan
kapsul - gelatin
fishball - plasma darah
wafer ( kon aiskrim, wafle, biskut wafer ) - gelatin
friutella, sugus, jelly - gelatin
colgate keluaran thailand, indonesia n vietnam - campuran lemak babi
sardin tin merah - campuran siput babi
Apollo
mengandungi whey ( diragui ) - vitalite, ferero rocher, susu lactogen, bebelac, enfalac, horlicks, ovatine, golden corn
teh lipton
cadburry
makanan ayam ( meat bone meal ) - so, if ayam sembelih, tp mknn ayam x halal..maknanya ???
barangan keluaran silver bird - mengandungi fatty chemical jenama 'Dobor'
jolly shandy
coca- cola






gula-gula yang diharamkan pada
orang Islam tapi dijual bebas....JAKIM ???




so..apa tindakan kita bila sdh mengetahui..adakah masih ingin pejam mata ataupun berusaha mencari yg halal dan suci ????

Monday, November 15, 2010

beraKhirnya sem 4..

Alhamdulillah.. paper terakhir sudah berakhir.. mudah-mudahan keputusan yang akan perolehi lebih baik daripada yg sebelumnya Tamatnya paper terakhir pagi tadi, maka berakhir semester 4..x sangka saya sdh ingin melangkah ke semester 5..sungguh sekejap masa berlalu. rasanya baru semalam shj saya melangkah masuk ke ipgm ini..ketika itu boleh dikatakan dengan separuh hati shj dtg ke ipg ni..


Hampir setahun juga baru saya dapat menerima kenyataan yg saya berada di ipg..tapi alhamdulillah..dengan izin ALLAH saya dpt melaluinya dengan baik..mungkin disebabkan oleh berkat sekiranya seorang anak menurut perintah ibu bapa. Result tiap2 sem pun alhamdulillah sentiasa meningkat dan setakat ini masih lagi dpt kekalkan pointer 3.5 ke atas..betapa ku besyukur dengan perjalanan hidupku kini.


" kita merancang ALLAH juga merancang, tetapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik "


Hikmah ??

Banyak hikmah yang telah tersingkap dan Allah tunjukkan apabila saya berada di ipg ini..dan mungkin saya x akan merasainya sekiranya saya belajar di tempat lain :


1. saya mula menyedari t
entang kehidupan golongan berkeperluan khas.. sebelum ini, kita hanya buat endah x endah sahaja dengan masyarakat ini ( sindrom down, autisme, celebral palsi dll ), namun bila kita mula melangkah ke dalam dunia mereka barulah kita dapat memahaminya


2. betapa bersyukurnya nikmat yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada saya. betapa rasa nikmatnya dapat mendengar, melihat dan berfikiran n bertingkah laku normal. Andai semua nikmat ini ditarik, bagaimanakah saya nk laluinya ?


3. Di sini tiada diskriminasi. Semua pelajar sama ada yang buta, pekak n sihat belajar perkara yang sama. Tiada perkara yang dilebihkan.

4. Saya dapat belajar bahasa isyarat dan braille walaupun saya mengambil pengkhususan masalah pembelajaran.( walaupun terkial-kial, tp seronok krn sekurang-kurangnya saya still dapat berkomunikasi dengan mereka ). sekarang saya dah boleh untuk bantu sekiranya ada yang bertanya seperti 10 tahun lepas ketika naik bas..rasa bersalah n kesian kerana x dpt membantu . :(



5. kat sini penyarah dan pelajar umpama kawan. banyak perkara yang ditunjuk ajar. InsyaALLAH,
saya berasa lebih yakin untuk menjadi seorang bakal guru.


6. peluang untuk pahala
lebih mudah sekiranya kita ikhlas untuk mengajar, mendidik dan mentarbiyyah mereka. :)

anak- anak murid di SK Padang Hiliran, Trgnu



Subhanallah..betapa indahnya susu
nan yang disediakan ALLAH untuk saya lalui. InsyaALLAH..ALLAH izin, bukan hanya guru biasa yang saya inginkan..bahkan dapat menjadi seorang guru yang LUAR BIASA... amiin

Sunday, November 14, 2010

Penawar ALLAH penyelesaian terbaik....


Nikah Khitbah satu Alternatif

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini ,
Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2.
Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3.
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala
seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5.
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.



7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka
bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8.
Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah
ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya
Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama
Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan
Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [
jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a]
Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan
Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15.
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka
kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .




rujukan
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

Wednesday, November 3, 2010

kisah berMula...

pagi tadi da abis 1 paper..( br je abis satu..ade lg 4, tp wt gaya mcm da hbis 4 ) ntah pape btul diri..
lepas je abis exam td terus pi tmpt fav..kirenya makin lama duk cn..mkin kerap p tmpat ni..lg2 bila da kamceng @ geng da..jeng2..dimanakah ia













of course Jabatan Pend Khas..p jumpe my beloved lect..cik mes n dr masitah..( pensyarah tgk muke km bertujuh pun mmg da taw da..tu mesti nk tuntut janji minggu lepas )
hahaha..pe lagi..xde tajuk lain after exam..iaitu..jeng2





tempat ke-2 iaitu ha P.R.A.K.T.I.K.U.M

bl da tgk senarai praktikum duk termenung plk..menyesal plk p tanya awal..tp biasa la, budak over excited nk praktikum ( benda pertama semua org smgt..bl da buat mengeluh nk abis plk..isk bila la nk ubah tabiat )..< akan difikirkan ..hahaha >

utk 1st praktikum sem depan..diumumkan bahawa bakal cikgu, Cik Nur Syakirah akan dipraktikumkan di Sk Taman Melawati ( ntah bwh Kl or Selangor pun ambo x tahu...) selama sebulan..
mcm mana la agaknye nnt..cuak + nervous + takut n etc yg sinonim dgnnya..

so..next kisahnya kn tunggu dan lihatlah pe yg akan berlaku tahun depan..

***************************************************
p/s : smbung study..sambung study