ukhuwah itu indah..

Sunday, July 18, 2010

Perkongsian: Mengapa bukan kamu yang bercouple dengan dia?

Alhamdulillah..Allah izinkan sy untuk terus memberikan "nyawa" pd blog ni. Walaupun penat masih lg terasa after BIG baru- baru ni..namun semangat & amanah sbg seorang pelajar dan bakal pendidik perlu diteruskan.. ( sebenarnya tgh cuak n rungsing duk fikir result sem lepas..) Wlau apa pun keputusan yg diperoleh nnt sy redha padaNya coz sy dah berusaha sehabis daya & termampu time exam yg lalu..Allah izin..kenikmatan yg diberi adalah bersesuaian dgn hambaNya...

Kali ni, saya nk berkongsi satu artikel yg diberikan kpd saya oleh sahabat..maksudnya amat mendalam & saya tahu maknanya mengapa artikel berharga ini diberikan untuk diri ini..

**************************************************************************************


Semasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah melontarkan soalan:

“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia:

“Kamu bercouple tak dengan kawan perempuan kamu itu?”

Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa… tersilap la kalau fikir macam itu.

Apakah maksud saya?


Couple dan lompong kasih sayang

Mengapa bercouple?

Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.

Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat.

Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.

Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah.

Mengapa seseorang itu bercouple?

Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.

Di sinilah timbul persoalan.

Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?

Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina

Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.

Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.

Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?

Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.

Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?

Apabila wujud keakraban

Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.

Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.

Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.

Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.

Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.

Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.

Satu cerita saya

Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.

Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.

Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:

“Ana dengar, enta ada cerita hot”

Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”

“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.

Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”

Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.

Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.

“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”

Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”

Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.

Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.

Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni”

Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.

Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…

“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri.

Dan saya diam sambil tersenyum.

“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”

Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.

Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.

Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.

Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.

Penutup: Kita isi hatinya.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.

Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?

Manusia perlukan sentuhan.

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.

“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”

Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.

Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?

So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.

Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.

Friday, July 9, 2010

ya ALLAH..damaikanlah hati hambaMu ini..
sejukkanlah hatiku bagaikan air yang mengalirkan
kuatkanlah kesabaranku & redhakanlah hatiku dalam menerima aturanMu..Ya Rabbi

Sunday, June 20, 2010

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I. A.B.AH





SELAMAT HARI ABAH buat abah yg tersayang..

tanggal 20 Jun diiktiraf sbg hari istimewa untuk meraikan abah, bapa, ayah dll di seluruh dunia. Jika nk dinilai dengan kasih sayang & pengorbanan yg dilakukan oleh seorang bapa tidak ternilai dgn sambutan 1 hari je.. tarikh ni merupakan satu simbolik shj kpd masyarakat agar mengingati jasa bapa msg2..

Jika diikutkan keadaan sebenar, spttnya setiap hari kita perlu meraikan hari bapa. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan penghargaan kita sebagai seorang anak terhadap bapa masing- masing iaitu......



DOA




Bagi saya, doa seorang anak terhadap kedua ibu bapanya merupakan hadiah yang paling tinggi nilainya kpd kedua ibu bapa.. Tak usah untuk mengharapkan kita melimpahkan kekayaan, wang bertimbun kpd kedua orang tua kita kerana bila tiba saat itu belum tentu lagi kedua- duanya masih ada lagi di sisi kita.. ajal maut semua pada ketentuan Ilahi..

disamping berdoa untuk diri sdiri, apalah salah kiranya kita selitkan skali doa kita kpd kedua ibu bapa kerana tidak adak ibu bapa di dunia ini yang tidak mendoakan kesejahteraan anak- anak mereka.

SELAMAT HARI BAPA untuk abah yg tercinta, En Shalah Huddin Che Hussin dan buat bapa, ayah di luar sana...






Saturday, June 19, 2010

Mahar Cinta Ilahi








Kiasan dan ungkapan cinta sungguh indah, merawat hati insani yang gundah. Berapa ramai mengenal cinta sebelum bercinta daripada mereka tertekan kerana terlalu bercinta. Mudah lidah meluruskan kata-kata puitis, menggetis sumur hati. Bagaimana orang bercinta bisa menahan dahaga belaian cinta, andai sehari tiada pernah ketemui bunga-bunga cinta.

Cinta adalah sesuatu yang tidak dapat didefinisikan dengan kata-kata. Kita akan menyedari cinta bila kita merasainya sendiri. Rasa tenang, indah, sayu tatkala diberi peluang menikmati gelombang cinta.

Auranya sangat luar biasa.

Bayangkan manusia kuat, akan tunduk bila terlalu cinta. Manusia gagah, akan longlai bila diserang angin cinta. Bahkan manusia lemah, akan jadi kuat keutuhan hatinya menindih rasa sukar, gundah, sedih yang bersarang di onar hati bila disuntik bius cinta.

Bila dua hati bertaut, dia juga memiliki rasa yang sama dengan apa yang kita rasakan. Kita ingin dia melihat kita tersenyum, kita juga ingin melihatnya bahagia. Ini agar dia merasa kita bahagia melihatnya bahagia, walaupun sebenarnya kita tahu ia turut terluka.

Hati mudah tersentuh.

Cinta adalah suatu hal yang kebanyakan manusia akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Cinta adalah sesuatu yang disenangi oleh jiwa.Mendapatkan cinta kasih dari makhluk adalah menyenangkan, apalagi jika cinta itu datang dari Sang Pencipta.

Rindu dan Cinta Ilahi adalah mahar manusia di dunia.

Meraih cinta-Nya merintis kebahagian di ketandusan hati memilukan. Manusia akan kenal cinta ini bila tersuluh hikmah tersirat di sebalik rebah ketika disedarkan melalui denai memeritkan. Melangkah adalah pasti, kedengusan di kala lara tidak bererti lagi.

Merindui kekasih Allah sudah kemestian. Meraih cinta baginda di lembah Bani Hasyim adalah tanda bakal meraih cinta Ilahi.

Pengubat jiwa sepi.

CINTA ILAHI

Insan dikasihi...

Mencari cinta Ilahi, bukan bermaksud menolak perasaan fitrah manusia saling cinta mencintai, sedangkan Allah sendiri menyuruh kita hidup berpasangan selepas terpatri ikatan syari-‘at. Cinta Ilahi, dalam erti kata ingin mendapatkan keredhaan Allah Taala, sedaya upaya kita cuba mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang boleh mengundang kemurkaan-Nya.

Bercinta sebelum bernikah, mungkin tidak akan berlaku tanpa terlebih dahulu membenih cinta palsu, dan hukum mendekati cinta palsu ini telah jelas dalam Mutiara Kalam Ilahi.

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk

Benih cinta palsu tadi akan menumbuhkan perasaan rindu merindui di tahap maksima, mematikan deria rasa bimbang, takut, dan dosa. Bagi seorang yang normal, tidak mungkin dia mampu mengelak menikmati cinta palsu hingga mendenggus hati apabila bercinta dengan seseorang yang masih belum menjadi pasangannya yang sah.

Oleh itu, biarpun kita kuat untuk cuba membataskan perhubungan percintaan, ia tetap menarik hati menghampiri zina (cinta palsu) andai kita telah memulakan langkah pertama untuk bercinta.

Percintaan yang halal ialah percintaan selepas pernikahan.





Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Ilahi. Seindah manapun sesuatu itu dalam pandangan manusia, selagi ia tidak diredhai-Nya, maka ia langsung tidak berguna.

Rabi-ah Adawiyah adalah insan yang tersendiri, dan sering menyendiri demi bersama Kekasih yang sentiasa hadir dalam setiap tangisan dan hembusan nafasnya. Butir-butir kata Rabiah adalah mutiara hikmah dan zikir untuk dirinya sendiri, tetapi manusia membacanya sebagai puisi dan cereka cinta.

Cinta Rabi-ah adalah untuk dirinya sendiri, dengan caranya sendiri. Rabi-ah membuang dunia dari dirinya dahulu, kemudian ia menemukan cinta Ilahi. Manusia kini dibuang oleh dunia dan manusia dahulu, kemudian baru mengemis cinta Ilahi.

Saidina Ali ketika ditanya bagaimana ia membahagikan cintanya antara Allah, Rasul-Nya, isterinya Fatimah dan anak-anaknya, menjawab; Aku tidak membahagi-bahagikan cintaku, ia adalah satu dan sama; aku mencintai Allah, dan aku mencintai isteriku, anak-anakku kerana Allah

Antara cinta Rabi-ah dan cinta Ali, kedua-duanya mempunyai keagungan yang tersendiri, mempunyai kekuatan mengukuhkan lagi pendirian cinta mereka kepada Kekasih utama.

Carilah cinta Ilahi...

HISAB DIRI

Cinta-Nya adalah ikhlas dan sabar.

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.

Banyak jiwa bertopengkan senyuman. Pandangan sekilas menghasilkan ma’-rifah permukaan. Percaya pada gerak hati, hadkan lidah dalam pergaulan, hatikan tenang. Andai ditakdirkan sahabat bertukar menjadi kawan, terimalah kurnian itu sebagai pengalaman. Tiada siapa sangka Saidina Umar akan menjadi singa Allah, dan tiada siapa sangka Abu Talib hembusan terakhir di dalam kepiluan.

Usaha ke arah kebaikan bukan sahaja bergantung pada ingin dan tahu, malah pada pengalaman yang memandu. Pengetahuan isi luaran, bermain bersama persekitaran, membedah warna-warni isi alam, jatuh bangun bersama semangat ingin membaiki kelemahan. Inilah pengalaman yang berfungsi.

Begitulah kita, walaupun kita tahu yang menguji itu Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang, namun sedikit sebayak hati kita memberontak jua. Kita lemah, Allah Maha tahu tentang itu. Tetapi yakinlah walau sakitnya terlalu, nanti kemanisannya juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

Cintailah cinta-Nya, pasti bertamu cinta-Nya

Tuesday, May 18, 2010

last b4 cuti..

salam alaik..

da lama x jenguk blog ni..rase- rase klau da blh ckp, da lama kot blog ni mogok nga tuan die..
esok start paper exam utk sem ni..pejam celik kejap je masa berlaku..
alhamdulillah..dan nk abis sem 1 bg tahun 2..ad lg 5 sem kn lalu..chayyok!!

jadual exam :

19/5 ~ Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku
24/5 ~ English Language Teaching Methodology
25/5 ~ Pentaksiran dalam Pend Khas
26/5 ~ Anatomi & Fisiologi
27/5 ~ Pengenalan Sivik & Kewarganegaraan

2/6 ~ back to hometown..

Thursday, February 25, 2010


Jangan berputus asa
Kerana putus asa adalah keingkaran
Barangkali saja dalam waktu yang dekat
Allah akan memberikan kelapangan


( Dr. 'Aidh al-Qarni )

Wednesday, February 24, 2010

~~ hari yg memenatkan..~~

hari ni sgt penat..dr pkul 8 a.m hingga 6 pm sy brd di institut..fuhh..satu hari yg sgt panjang tnpa rehat wlau sebentar..
sblm ni byk masa lapang pun duk merungut, bila masa pack plk merungut jgk..
isk ape la nak jd ngan diriku ni..:(
tp hr ni mmg btul2 memenatkan..
kuliah td smpai kul 2 pm..then sambung discuss ngan lecturer ttg senarai semak pentaksiran kerja kursus..nmpkny stil kena baiki lg certain part. harapnya dpt disiapkan & selesai sblm turun sekolah nnt start 21 mac.
discuss kejap je, tp nk tunggu turn tu yg lama. pkul 3 baru selesai semuanya.

then, kul 4.30 smbung dgn aktiviti gerko..xtvt badan b'uniform..tahun ni buat pertama kali sy mengulang sejarah kawad kaki blik..( rasenya da tinggal hmpir 5 thn da..cpt btul masa b'laku ) dan pe yg penting lg kawad utk puteri islam jgk.kawad sempena kejohanan olahraga tahunan 2 minggu llg.^_^. agak2 da ade cop kot ni mmg stok puteri islam..( pelik bin ajaib )..

tp wlau apa pun..penat mcm mana pun ia tetap perlu dilaksanakan coz ia mmg da menjadi amanah & tanggungjawab yg perlu dijalankan...nnt posting esok2 pun stil kn terlibat mcm ni jgk..xkan kemana wlau dibina tempoh sepanjang Tembok Cina pun..

apa yang penting.. saya tetap bangga menjadi GURU..

I'M PROUD TO BE A TEACHER