ukhuwah itu indah..

Sunday, November 13, 2011

3xaM..

dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi penyayang..








esok, bermula paper pertama. pejam celik da nk melabuh tirai semester 6..lagi 4 hari maka tamatlah perjalanan tahun 3 di ipg..masih berbaki 2 semester lg untuk ditamatkan life sebagai seorang pelajar sebelum melangkah ke dunia lain.. betapa masa silih berganti tnpa menunggu, namun adakah kita mampu untuk menghadapi tiap perubahan yang berlaku ??

umpama exam yg akan kita semua hadapi..kt tahu tarikh peperiksaan bl, jam berapa akan bermula..maka, sebanyak mn persediaan yg kita nk buat semua bergantung atas diri sendiri. ada yg buat persediaan dari awal, ada yg buat persediaan seminggu awal..n ada juga yg buat sehari sebelum melangkah ke dewan peperiksaan..bl tiba detik untuk dilaksanakan, persoalan da ckup study atau tidak, tidak lagi timbul..semua akan mendapat soalan yang sama untuk dijawab pada tempat yang sama..yg membezakan tiap- tiap org adalah apabila diri telah cukup persediaan, maka semua soalan bukan lagi satu masalah..bg yg x ckup persediaan akan keluh kesah di meja peperiksaan..bagi yg bersedia, keputusan yg diperoleh x akan mengecewakan diri..

itu adalah lumrah perjalanan di dunia, begitulah lumrah di alam kubur kelak. cuma, apa yang membezakan kt x tahu masa bila kita akan dijemput, tarikh bila kita akan diapprove sebagai tetamu ALLAH di alam barzakh. jadi, disebabkan tiada tarikh yang telah ditetapkan membuatkan ramai manusia yang terleka. hanya sedikit yang memperingati diri untuk membuat persediaan bekalan..sedangkan tmpat yang akan dikunjungi adalah sama.. dan soalan yang akan dipersoalkan adalah sama..bagi yang ckup bekalan, akan dpt jawab dgn lancar, dan begitulah sebaliknya..akhir sekali hadiah diberikan..syurga & neraka..


jadi,

manakah pilihan kita ??

di mana kita mahu tempatkan diri kita ??


tiada siapa yg dpt membantu, melainkan diri sendiri yg menetapkan segalanya..

andai ingin diconteng kanvas diri, biarlah secantik warna pelangi.jangan biarkan kanvas diri dipenuhi dgn wrna hitam yang gelap..



SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN..

DOAKAN KEJAYAAN KAMI ^_^

No comments:

Post a Comment